INFO DAN FAEDAH

Dicipta pada 25 DISEMBER 2010  oleh incik diskusi dengan tujuan untuk memberi ruang kepada semua individu untuk sama-sama menyuarakan pendapat masing-masing tentang perkara yang dibincangkan tanpa mengira umur , bangsa dan negara.Dengan beberapa peraturan yang rational seperti tidak boleh menyentuh isu perkauman , agama dan politik , incik diskusi berharap semangat 1 Malaysia secara tidak lansung dapat diperkuatkan serta merta.

 Bercakap tentang tuan belog ini iaitu Incik Diskusi,tidak banyak yang boleh diberitahu kerana kebanyakan maklumat tentang Incik Diskusi adalah rahsia.Namun begitu , anda masih boleh untuk berhubung dengan Incik Diskusi iaitu melalui email (thebatblog@gmail.com ).

FAEDAH-FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEHI

1.Berbekalkan konsep "Hujah dan Menang" ,
 diskusi berharap ia mampu menarik seluruh rakyat malaysia untuk  berani berhujah,berani melontarkan isi hati masing-masing tanpa segan silu.Ini kerana hanya dengan rajin untuk berhujah dan membalas hujah anda mempunyai peluang untuk memenangi hadiah yang lumayan.kelik disini untuk tahu lebih jelas tentang Hujah dan Menang.

2.Simple.
Anda tidak perlu menjadi seorang yang mahir bercakap , tidak perlu pengalaman menjadi debator untuk menyertai belog ini.Berilah apa macam pendapat pun  asalkan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.Tambahan lagi,anda tidak dihadkan dengan masa yang terlampau terhad.

3.Tambah ilmu pengetahuan
Melalui hujah-hujah yang diberikan oleh thebaters lain,anda akan dapat menambah pengetahuan yang telah sedia ada disamping memperbaiki kesilapan antara satu sama lain.Bukan anda sahaja yang dapat tambah ilmu,Incik diskusi sendiri pun dapat tambah ilmu pengetahuan.